Saturday, 21 December 2013

CERITA TABLET PC,IPAD & SMARTPHONE DI MATA MASYARAKAT




Assalamualaikum w.b.t,hari demi hari pelbagai alat elektronik yang berteknologi tinggi dihasilkan di dunia ini...namun,persoalannya apakah perbezaan alat-alat yang dihasilkan ini?...jom berkongsi cerita disini..



APA ITU TABLET PC?


Tablet atau lebih dikenali sebagai tab ini merupakan alat elektronik yang mempunyai fungsi yang hampir sama dengan netbook atau notebook..mengapa alat ini dicipta?..tujuannya adalah untuk memudahkan masyarakat era kini mencari maklumat dengan lebih mudah & cepat walau di mana sekalipun mereka berada..dengan saiznya yang lebih kecil di antara skala 7-9 inci mampu menarik masyarakat untuk membelinya..selain itu tab juga dilengkapi dengan wi-fi, Android serta bersifat "multi-touch" yang menampakkannya simple & elegant..pelbagai jenama tab yang telah dihasilkan seperti Acer,Asus,MSI,ViewSonic dan sebagainya...



Gambar di atas menunujukkan tablet yang kelihatan canggih dan menarik.



 APA ITU IPAD?

Apa itu ipad?..Ipad juga merupakan salah satu alat elektronik yang canggih..ia diasaskan oleh syarikat Apple..namun,ia juga mempunyai perbezaan dengan Tablet,Android & Smartphone..apa yang membezakan Ipad dengan yang lain adalah ia lebih khusus digunakan untuk kegiatan sosial seperti melayari facebook,twitter,youtube,atau membuat jadual seharian...ada lagi satu iaitu untuk main game...haha..sesuailah dengan jiwa remaja masa kini...reka bentuk dan fungsinya yang unik mampu membuat ramai yang ingin mendapatkannya..tambahan pula kelajuannya mencari sesuatu maklumat adalah lebih tinggi dari mana-mana tablet...



Gambar menunjukkan reka bentuk Ipad.


APA ITU SMARTPHONE?


Haa...sekarang nak cerita tentang smartphone pula...bila sebut pasal smartphone ramai yang akan cakap bahawa ia adalah mahal...sebenarnya harga yang dijual adalah berpatutan dengan faedah yang bakal pengguna perolehi apabila menggunakan smartphone ni...smartphone ni mempunyai kelebihan yang berlipat kali ganda dari handphone yang biasa tu..hal ini kerana ia mampu menjalankan pelbagai aplikasi yang dikehendaki...contohnya,kalau nak download facebook ke,twitter ke,atau apa sekalipun semua boleh kerana ia dilengkapi dengan sistem operasi Android...kan senang tak perlulah nak bersusah payah nak guna komputer untuk internet lagi...dalam masa yang sama bila ada perkataan "phone" maknanya bolehlah untuk berkomunikasi secara terus atau call ke mesej ke ...reka bentuknya adalah lebih kecil daripada Tablet & Ipad..harganya pun taklah mahal sangat..

Gambar di atas menunjukkan smartphone.


APA ITU ANDROID?


Android ni sebenarnya "Operating System" yang dilengkapi pada Smartphone & Tablet selain Apple...terdapat pelbagai jenis android,antaranya adalah:


1. Android versi 1.1
Android versi ini dilengkapi dengan pembaruan pada aplikasi, jam alarm, voice search (pencarian suara), pengiriman mesej dengan Gmail, dan pemberitahuan email.



2. Android versi 1.5 (Cupcake)
Terdapat beberapa pembaruan termasuk juga penambahan kemampuan merakam dan menonton video dengan kamera, mengunggah video ke Youtube dan gambar ke Picasa terus dari phone,sokongan Bluetooth A2DP, berkemampuan berhubung secara automatik ke headset Bluetooth, animasi layar, dan keyboard pada layar yang dapat disesuaikan dengan sistem.



3. Android versi 1.6 (Donut)
kelebihan lainnya adalah galeri yang memungkinkan pengguna untuk memilih foto yang akan dihapus, kamera, camcorder dan galeri yang dintegrasikan; CDMA / EVDO, 802.1x, VPN, Gestures, dan Text-to-speech engine.


4. Android versi 2.0/2.1 (Eclair)

Perubahan yang dilakukan adalah peningkatan Google Maps 3.1.2, perubahan UI dengan browser baru dan sokongan HTML5, daftar contact yang baru,sokongan flash untuk kamera 3,2 MP, digital Zoom, dan Bluetooth 2.1.

 
5. Android versi 2.2 (Froyo: Frozen Yoghurt)
Perubahan-perubahan umumnya terhadap versi-versi sebelumnya antara lain sokongan Adobe Flash 10.1, kecekapan aplikasi sehingga 5 kali lebih cepat dari android sebelumnya,intergrasi V8 JavaScript engine yang dipakai Google Chrome yang mempercepat kemampuan pada browser, pemasangan aplikasi dalam SD Card, kemampuan WiFi Hotspot, dan kemampuan auto update dalam aplikasi Android Market.



6. Android versi 2.3 (Gingerbread)
Perubahan-perubahan umum yang didapat dari Android versi ini antara lain peningkatan kemampuan permainan (gaming), peningkatan fungsi copy paste, layar antara muka (User Interface) ,sokongan format video VP8 dan WebM,kesan audio baru (reverb, equalization, headphone virtualization, dan bass boost),sokongan kemampuan Near Field Communication (NFC), dan sokongan jumlah kamera yang lebih dari satu.

7. Android versi 3.0/3.1 (Honeycomb)
 Android Honeycomb dirancang khusus untuk tablet. Android versi ini menyokong ukuran layar yang lebih besar. User Interface pada Honeycomb juga berbeza kerana sudah ditetapkan untuk tablet. Honeycomb juga menyokong multi prosesor dan (hardware) untuk grafik. Tablet pertama yang dibuat dengan menjalankan Honeycomb adalah Motorola Xoom. Tablet dengan platform Android 3.0 akan segera dihasilkan di Indonesia. 


8. Android versi 4.0 (Ice Cream)
Android versi ice cream ini dihasilkan pada tahun 2011, yang dikenali dengan nama “ice cream sandwich” . Android versi ini memiliki beberapa keunggulan seperti home screen, keyboard, video & photo, dan sebagainya. 


Rasanya dah habis pun semua cerita pasal Tablet,Ipad & Smartphone....jadi yang mana mampu menarik perhatian dan memenuhi citarasa anda?..haha..pandai-pandailah memilih ya...jika ada sebarang komentar sila berikan ya..segala kekurangan harap dimaafi..Terima Kasih daun keladi,lain masa berjumpa lagi...Bye2...:)